Thursday, January 19, 2006

...ada sesuatu disebalik bunga.....

Kehidupan sebelah pagi tidak menampakan sesuatu yang menyukarkan kerana ia berjalan lancar seperti bisa.

Namun pada sebelah petang sesuatu yang sememangnya tidak diduga telah terjadi terhadap kehidupan ini.
Selepas mengisi gas dalam perjalanan ke KL Sentral aku melalui Jalan Imbi yang agak kurang sesak kereta yang ku pandu tiba-tiba saja mati injinnya. Aku gagal menghidupkan semula. Aku terpaksa menghubungi terak penunda yang seterusnya menunda ke Pandan Indah.

Dibengkel kereta ini keretaku disahkan menegalami tali sawatnya (Timing belt) rosak yang mengakibatkan terjadinya kerosakan kepada cylinder head. Terpaksalah diganti timing belt dan cylinder head (2nd hand aja). Gitu gini dianggarkan memakan kos RM700.00 termasuk upah towing. Kalau nak ikut rekod timing belt baru saja l/k 16000 KM ditukar pada bln Okt 05 yang lalu..... ni betul-betul nyaya. Bulan ni nampaknya miss lagilah sewa. Posted by Picasa

Wednesday, January 18, 2006

..ikhwan

Hari ini ikhwan telah genap satu tahun. Dia dah pandai berjalan dan dah tak mahu dipegang-pegang lagi..mau bebas berjalan sendiri walaupun masih kerap terjatuh tetapi nampaknya ia sangat rajin berlatih berjalan sehinggakan sampai penat dan bila dah terlalu penat ia akan tidur dengan nyenyak sekali.

Ikhwan nampak cergas dan bertenaga sekali jika dibandingkan dengan anak yang sebaya dengannya. Ia kelihatan begitu manja dan riang bila di aga-agah. Lokman dan Amir pun nampaknya sangat suka bermain dengan si Ikhwan ini..

SELAMAT MENYAMBUT HARIJADI YANG PERTAMA (10hb Jan 2006). Posted by Picasa