Thursday, December 30, 2010

SABI isteri saya......


Salam...

Ini isteri saya. Nanma yang biasa kami panggil ialah 'SABI'. Beliau mempunyai nama yang indah dan biarlah orang mengenali dengan nama Sabi saja.

Berasa dari Perak. Berumur lebihkurang 52th 4 bln. Kampungnya sama nama dengan nama asal kampung saya di Johor iaitu 'Ayer Hitam'.

Kami nikah semasa beliau berumur 39 thn dan kini kami dikurnikan dengan dua orang putera masing-masing bernama Loqman Hakim (12thn) dan Amirul Ariff (10th).

Dulu sebelum berkahwin beliau berkerja tetapi selepas melahirkar Loqman saya minta ia tumpukan sepenuhmasa dengan anak dan rumahtangga sahaja.

saya akan menambah secara beransur-ansur kisah sekitar keluarga saya bermula dari episod ini, dan diharap ia dapat di jadikan satu catitan santai bagi bacaan kami masa lampau nanti.

Cuti dan bolasepak...

Salam..

29hb Dis 2010 pasukan bolahsepak Malaysia melakar sejarah pabila menjadi juara kejohanan AFF Suzuki 2010 dengan mengalahkan pasukan Indonesia dengan aggergate 4-2. Ini adalah kejuaraan Malaysia yang pertama semenjak sekian lama ia di adakan.

Kegembiraan rakyat Malaysia jelas ditunjukan dengan sorakan jeritan bila setiap gerakan dari pemain-pemain meluru memembuat hantaran dan gelicikan. Fenomena ini merupkan fenomena baru bagi semua rakyat Malaysia bila pemain-pemain Malaysia dapat menunjukan mutu permainan yang baik dan membuat kesudahan yang menggembirakan.

PM DS Najib melahirkan kegembiraan bersama dengan mengistiharkan hari Jumaat 31hb Dis 2010 sebagai cuti umum kerana kemenangan ini.

Wednesday, December 29, 2010

Situasi Hujung Tahun


Salam....

Sudah menjadi kelaziman kepada anak-anak yang masih dalam alam persekolahan waktu cuti samada pendek atau cuti penggal hujung tahun adalah masa-masa yang sangat dinanti-nanti.
Keseronokan terpancar diwajah mereka kerana masa percutian ini lah mereka dapat lepas dari ikatan jadual dan displin pelajaran, boleh bangun lewat dan bebas bermain sesuka hati.

Ibu bapa yang selama ini menjadi 'jam loceng' untuk mengejutkan anak-anak supaya bangun awal dan bersedia untuk urusan kesekolah dan bersedia untuk menghantar anak terus kesekolah walaupun waktu masuk tugas pukul 9.00 pagi terpaksa juga keluar awal. Waktu cuti beginilah ibu bapa ini dapat ruang masa yang panjang dan tidak terburu-buru keluar awal ke tempat kerja.

Musim cuti sekolah ini jugalah masanya masyarakat biasanya mengadakan kenduri kendara., berkhatan atau sebagainya. Waktu beginilah biasanya ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah ini dapat memenuhi jemputan yang diterima kerana tidak terikat dengan urusan anan-anak disekolah.

Musim ini juga selalunya menjadi musim berkhatan bagi anak-anak lelaki.

Hampir habis waktu bercuti, tiba pula masanya bersedia untuk menghadapi persekolahan tahun baru pula. Ibu bapa sekarang perlu pula menghadapi persiapan untuk anak-anak naik darjah. Persiapan bagi setiap anak yang masih bersekolah rendah pun boleh mencecah RM500.00 seorang. Bayangkan sekiranya mempunyai anak yang ramai.

Setiap tahun menjelang, keperluan yang paling utama bagi pasangan yang mempunyai anak yang masih bersekolah tentunya persiapan dan persediaan untuk anak-anak ini.

Dengan keadaan ekonomi yang tidak begitu baik dan kos yang sentiasa meningkat dan berubah-ubah, situasi sukar ini sentiasa menghantui perasaan ibu bapa yang berpendapatan rendak atau sederhana.

Walau apapun situasa begini sudah menjadi tanggungjawab kepada ibu bapa. Cuma merka perlu pandai mensesuaikan keadaan dan pusingan perbelanjaan yang nampak begitu meruncing pada setiap hujung tahun..

Kepada keluarga yang punya anak dan tanggungan yang masih bersekolah samada disekolah rendah, menengah atau tadika rancanglah dan uruslah dengan waras dan berdoa agar anak kita ini tidak terjejas persekolahannya.

Kita sebagai ibu bapa tentu rasa sangat teruja dan gembira setelah bersusah payah akhirnya anak kita ini dapat hadir kesekolah dengan semangat dan citi-cita baru..seragam baru dan kelas baru...mungkin guru baru juga.

Kita akan senyum dan puas bila anak kita akhirnya menjadi harapan keluarga semua kerana kita telah berusaha untuk kebaikan dan kejayaat mereka.

Sebenarnya itu semua tanggung jawab kita yang tidak perlu dipersoalkan.

Selamat datang tahun 2011....


Salam....

Tampa mempedulikan pergerakan masa, tahun 2010 sudah semangkin hampir untuk meninggalkan kita semua. Tahun 2011 akan muncul.

Sejauh ini pernahkah kita merasa sesuatu yang menjadi kenangan samada yang manis, pahit atau sebagainya sepanjang kita lalui tahun 2010 ini. Kalau TD Mahthir mensasarkan 2020 tahun Malaysia menjadi negara maju, sebenarnya apakkah tanda atau peninggalan yang telah kita lakarkan sehingga kini, Kita perlu membuka balik lembaran catatan hidup kita yang telah kita tinggalkan..

Adakah hari ini kita menjadi lebih baik dari hari-hari yang lalu. Atau kita menjadi lebih mundur daripada hari sebelumnya. Walau apapun secara suka atau tidak kita tetap akan menempuh dan menghadapi datangnya tahun baru 2011 ini nanti.

Manusia cuma boleh merancang dan berharap keadaan dan kehidupan masing-masing akan menjadi lebih baik, sempurna dan berubah kepada yang lebih menyenangkan, tetapi rancangan manusia ini selalunya tercapai atau tidak adalah bergantung diatas kemahuan dan kekuasaan Allah yang Maha Berkuasa.

Sebagai maanusia yang beriman kita wajib percaya diatas Qadak dan Qadar Allah. Bersyukur dan berusahalah disamping berdoa semuga Allah sentiasa meredhai segala urusan hidup kita di dunia ini sehingga kita pergi menemuiNya.

Disamping itu ubahlah diri, jadikan hidup ini penuh bermakna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Tinggalkan nama dan kenangan yang manis kepada sesiapa sahaja. Harimau mati tinggalkan belang, gajah mati meninggalkan tulang.....

Buatlah azam tahun baru walaupun kekadang azam ini cuma tinggal azam saja, sekurang-kurangnya kita ada pasang niat untuk buat satu perubahan..

Kepada sanak saudara, teman dan rakan sempena menyambut tahun 2011 ini saya ingin ucapkan "Selamat Tahun Baru".

Tuesday, December 28, 2010

Kembali......

Salam...Untuk sekian lama saya menyepi dan menghilang diri, hari ini terlintas dihati untuk kembali menjengok blog yang telah begitu lama ditinggalkan. Sebok dengan urusan dan apa-apa lagi membuat saya terlupa untuk mengemaskini blog yang saya buat. 4 tahun ditinggalkan begitu saja.

Tidak ada berita atau perkembangan yang hendak dicatitkan, sekadar untuk memulakan lambaran yang telah ditinggalkan begitu lama hidup semula....Insyallah akan cuba di kemaskinikan seemula sekiranya ada kelapangan.