Salam....
Sudah menjadi kelaziman kepada anak-anak yang masih dalam alam persekolahan waktu cuti samada pendek atau cuti penggal hujung tahun adalah masa-masa yang sangat dinanti-nanti.
Keseronokan terpancar diwajah mereka kerana masa percutian ini lah mereka dapat lepas dari ikatan jadual dan displin pelajaran, boleh bangun lewat dan bebas bermain sesuka hati.
Ibu bapa yang selama ini menjadi 'jam loceng' untuk mengejutkan anak-anak supaya bangun awal dan bersedia untuk urusan kesekolah dan bersedia untuk menghantar anak terus kesekolah walaupun waktu masuk tugas pukul 9.00 pagi terpaksa juga keluar awal. Waktu cuti beginilah ibu bapa ini dapat ruang masa yang panjang dan tidak terburu-buru keluar awal ke tempat kerja.
Musim cuti sekolah ini jugalah masanya masyarakat biasanya mengadakan kenduri kendara., berkhatan atau sebagainya. Waktu beginilah biasanya ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah ini dapat memenuhi jemputan yang diterima kerana tidak terikat dengan urusan anan-anak disekolah.
Musim ini juga selalunya menjadi musim berkhatan bagi anak-anak lelaki.
Hampir habis waktu bercuti, tiba pula masanya bersedia untuk menghadapi persekolahan tahun baru pula. Ibu bapa sekarang perlu pula menghadapi persiapan untuk anak-anak naik darjah. Persiapan bagi setiap anak yang masih bersekolah rendah pun boleh mencecah RM500.00 seorang. Bayangkan sekiranya mempunyai anak yang ramai.
Setiap tahun menjelang, keperluan yang paling utama bagi pasangan yang mempunyai anak yang masih bersekolah tentunya persiapan dan persediaan untuk anak-anak ini.
Dengan keadaan ekonomi yang tidak begitu baik dan kos yang sentiasa meningkat dan berubah-ubah, situasi sukar ini sentiasa menghantui perasaan ibu bapa yang berpendapatan rendak atau sederhana.
Walau apapun situasa begini sudah menjadi tanggungjawab kepada ibu bapa. Cuma merka perlu pandai mensesuaikan keadaan dan pusingan perbelanjaan yang nampak begitu meruncing pada setiap hujung tahun..
Kepada keluarga yang punya anak dan tanggungan yang masih bersekolah samada disekolah rendah, menengah atau tadika rancanglah dan uruslah dengan waras dan berdoa agar anak kita ini tidak terjejas persekolahannya.
Kita sebagai ibu bapa tentu rasa sangat teruja dan gembira setelah bersusah payah akhirnya anak kita ini dapat hadir kesekolah dengan semangat dan citi-cita baru..seragam baru dan kelas baru...mungkin guru baru juga.
Kita akan senyum dan puas bila anak kita akhirnya menjadi harapan keluarga semua kerana kita telah berusaha untuk kebaikan dan kejayaat mereka.
Sebenarnya itu semua tanggung jawab kita yang tidak perlu dipersoalkan.
No comments:
Post a Comment